Kelas Microsoft Word (Resume )& Advokasi KDB

3 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas ini telah dihadiri oleh 5 orang peserta yang terdiri daripada 2 orang lelaki dan 3 0rang perempuan. Kelas ini telah diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 Tengah Hari bertempat di Bilik Latihan PI Machan.

Peserta telah diajar mengenai Microsoft Words serta penggunaannya. Peserta diajar membuat resume dengan menggunakan teknik dan format yang betul serta menggunakan MS Words yang telah diajar.

Akhir sekali, peserta telah diberi taklimat ringkas mengenai Advokasi Klik Dengan Bijak yang bertajuk Online Grooming yang bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar agar mereka tidak terpedaya dan menjadi mangsa buli siber.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali